Friday, 8 December 2017

Kegunaan Powtoon

Hai semua, hari ni nadia nak share pasal satu aplikasi yang mungkin berguna kepada korang...
Powtoon....powtoon ni macam video maker la....macam powerpoint tapi ada animasi + bergerak-gerak....powtoon ni nadia buat untuk presentation mikroekonomi nadia, bab monopoli dan syarikat tnb....korang boleh tengok kat bawah nanti nadia bagi link youtube....nanti korang cuba pulak...

link powtoon : Monopoly (TNB)
https://www.youtube.com/watch?v=WM5bAmXyeo&rel=0 

Thursday, 7 December 2017

Program Kitar Semula UKM

Hai semua....hari ni nadia nak update satu program yang sepatutnya kita support kalau kita sayang kan malaysia...hahahaha....akan ada program kitar semula yang akan diadakan di DECTAR,UKM tak lama lagi...kat sana nanti korang akan didedahkan dengan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, barang yang dihasilkan melalui barang-barang kitar semula.....kenapa nadia promote ni??? haaaa...... sebab roommate nadia akan ada kat sana nanti....program ni under kursus citra dia ekorelawan...jadi jangan lupa datang tau....tunjukkkan support korang terhadap alam...jumpa di sana....


Tuesday, 5 December 2017

FESTER 2K17 - LENTERA KAJAI

Hai semua, semalam dah selesai fester2k17 dan lentera kajai pun dah dibubarkan ( eh, tak la )
so, hari ni nadia nak update pasal teater semalam...alhamdulillah kami dah berikan semuanya untuk kajai...ramai yang datang untuk tengok pementasan saksi terakhir walaupun harga tiket tahun ni naik jadi rm5, tapi masih ramai yang datang support kami...terima kasih semua...ini adalah pengalaman yang tak akan sesekali nadia lupakan....macam mana kami latihan setiap malam, stress dengan assingmentnya, dengan teaternya, tak dapat pergi program lain sebab nak fokus kepada teater, dengan gaduhnya,dengan give upnya, tapi tu semua adalah pengalaman manis nadia...kat sini nadia belajar erti keluarga,erti komited,erti tanggungjawab,erti kuat dll...terima kasih sebab bagi nadia peluang untuk jadi salah seorang krew saksi terakhir....walaupun kita tak menang, korang tetap n 1 dalam hati nadia...biarkan orang nak cakap apa sebab kita je tahu macam mana perit, jerih, payahnya nak pentaskan SAKSI TERKHIR.....terima kasih semua...muahhhh....

Barisan krew SAKSI TERAKHIR

YEAY!! Dah habis......

good job guyysss.......

Makan lepas tamat teater

Last moment...

Sunday, 3 December 2017

Persediaan FESTER 2K17 - Lentera Kajai

Hai semua, hari ni nadia nak update tentang persiapan nadia sebagai krew publisiti saksi terakhir yang akan dipentaskan tak lama lagi ni, esok je ha....nadia orang yang menguruskan jualan tiket untuk teater saksi terakhir...haish...macam-macam dugaan berlaku dah nak dekat-dekat pementasan ni...tapi xpe, semua inilah yang orang panggil pengalaman...ha...apa tungu lagi, cepat beli tiket saksi terakhir ni...seat pun dah tak banyak ni...haaa....jumpa anda di sana....


sesi make up

pandang apa tu hellin

nampak real kan??

sesi wrap sebelum pementasan sebenar

makan-makan sebelum latihan

jadual fester 2k17
SAKSI TERAKHIR
Ni la pelan seat saksi terakhir


Saturday, 2 December 2017

Persediaan FESTER 2K17 - Lentera Kajai

Hai semua, hari ni nadia nak share tentang update lentera kajai, kolej rahim kajai ukm2017...
alhamdulillah, nadia dah terpilih sebagai ahli lentera kajai....lentera kajai ni satu kelab di bawah naungan kelab adyratna ukm iaitu kelab kebudayaan yang diketuai oleh felo ujang dan mep aswat....
nadia sebagai ahli kelab lentera kajai memegang jawatan sebagai ahli post publisiti untuk fester 2k17...kolej rahim kajai membawakan pementasan teater bertajuk 'SAKSI TERAKHIR' pada 4 Disember 2017 iam 8.30 malam di Panggung Seni,UKM...so, hari ni nadia nak share tentang latihan yang kami dah lakukan sepanjang kami bergelar krew saksi terakhir...
Team Busana

Contoh set sebenar saksi terakhir

Team publisiti

Sesi wrap

Friday, 1 December 2017

Kerja Part-time

Hai semua, hari ni nadia nak share pasal kerja part-time yang nadia buat...ye la kan, kita student banyak pakai duit... tak kan la asyik minta kat mak ayah kan?? so nanti korang buat la part-timer, dapat buat side income... sikit2 pun jadila....simple je nadia jadi babysitter tau, hahahhaha......
ntah macam mana ntah nadia terjebak dengan kerja ni tapi nice apa??? best cuma penat la buat kerja rumah + jaga budak2 kecil...nadia jadi part-time maid + babysitter kat apartment belakang ukm ni kat villa tropika....situ ramai juga student dengan pensyarah duduk situ...so,kerja nadia kemas rumah, basuh barang2 bakeri (sebab majikan nadia ni jual kek), lipat baju, vacuum + mop rumah, jaga budak2 tu, then balik....haaa, senang je kan??? pasal bayaran, standard rm5 sejam, tapi majikan nadia baik hati kadang2 dia bagi extrala, bagi makanan la, macam2...baik akak ni...hahaaaha... apapun korang nanti try la buat part-timer, sekadar cari pengalama...

Comel kan diorang....

Thursday, 30 November 2017

Doakan yang baik-baik

Hai semua, sekarang kan tengah cuti sekolah....so nadia nak update pasal adik nadia sikit...alhamdulillah, adik nadia sekarang 9 tahun, tak lama lagi nak masuk 10 tahun...hari tu ayah nadia ada bagi gambar adik nadia dapat anugerah cemerlang kat sekolah....hmmmm, nak cakap siapa tak sayang adik kan?? walau macam mana teruk sekalipun perangai seseorang itu, dia tetap keluarga kita dan kita kena terima dia ( tapi adik nadia x teruk pun ) hahhah.....apapun,kakak doakan yang terbaik untuk alia...fighting..!!!

Keep going, Alia.....Fighting!!

Wednesday, 29 November 2017

Islamic Arts Festival, UKM 2017


Hai semua, hari ni nadia nak share tentang satu pertandingan yang nadia join...pertandingan infografik sempena IAF 2017....nadia tak nak pun masuk sebenarnya tapi tu la, roommate nadia kan orang kuat biro kerohanian kajai, so nak tak nak kne masuk juga....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar....nadia dapat hantar satu infografik yang xde la lawa pun cuma mencuba nasib je...
aisyah pulak mask pertandingan syarahan versi ala ala dai'e tu....guess what?? aisyah menang naib johan kot...bukan satu pertandingan je tau, aisyah menang johan hafazan tau....jangan main2 dengan budak2 kajai ni...hhaaahaaha apapun pengalaman baru untuk cipta infografik ni....tahniah kajai...

ni teaser sebelum syarahan aisyah....go girl!...

#budak baru belajar buat infografik pakai canva


Sunday, 26 November 2017

Eat & Repeat Bangi

Hai semua, so hari ni nadia nak share feedback makan kat E&R Bangi hari tu....nadia pergi dengan roommate nadia, nabila makan kat sana....kitorang makan kat sana lepas habis mid exam akaun(nampak tak betapa stressnya paper tu) hahahahaha.....daripada 5 bintang nadia bagi 4 bintang.....kedai dia biasa je nice + simple, sedap mata memandang...lagipun tempat dia strategik, kalau orang lalu pun nampak kedai tu, tak susah nak cari la....lepas tu sebelah dia ada dobi layan diri...memang best la kan, sementara tunggu baju siap,pi makan dulu....nadia paling suka makan nasi lemak dia....sngat sedap, cendol pun sedap.....peh,memang terbaik la.....dah la semangkuk rm1.90 je....memang bertambah la kan...korang kalau ada masa, pi la try makan kat sini...ala kalau dari ukm tu rm5 je naik grab/uber...

Masa ni makanan banyak tak sampai lagi...

Nadia + Nabila

Saturday, 25 November 2017

Santai Seni D'Kajai

Hai semua, hari ni nadia nak share berkenaan salah satu program di bawah naungan kelab adyratna kolej rahim kajai iaitu Santai Seni D'Kajai 2.0 yang telah dilakukan..... aktiviti ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan mahasiswa krk.... bertemakan 'jom balik kampung', ramai penonton yang terdiri dalam kalangan pelajar krk dan kolej luar yang turut serta dalam program ini....butiran program seperti berikut :
Poster sempena Santai Seni D'Kajai

 

nadia merupakan salah seorang AJK yang bertugas membuat persembahan pembukaan untuk program ini (lentera kajai)....alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kami berjaya melakukan persembahan pembukaan dengan mempersembahkan sketsa Mok Cun...pengalaman yang best sebab dah lama tak bersketsa...hahhaha apapun, sangat best dan pengalaman manis yang tak akan dilupakan bersama seniors....

Pic persiapan kat bilik kebudayaan

Nampak tak yang kitaorang ikut tema 'jom balik kampung'  hahahhah sis support

Friday, 24 November 2017

Program Zumba Kolej Rahim Kajai,UKM 2017

Hai semua, hari ni nadia nak share pasal program under biro yang nadia join, biro siswi kolej rahim kajai, ukm 2017...kami ada melaksanakan program Let's Zumba yang boleh disertai oleh semua pelajar siswa dan siswi ukm...alhamdulillah, program ini dapat feedback yang sangat baik dari semua peserta... zumba ini diadakan selama 8 sesi iaitu pada setiap hari khamis jam 5-6.30 ptg di foyer kajai....sesi zumba ini telah diketuai oleh felo amirah dan mep tihani...mereka yang menjadi instructor zumba....serius,best gila gerakan yang diaorang tunjuk...mudah untuk orang lain ikut...program ini juga disediakan merit bagi pelajar krk yang join dan sijil juga diberikan kepada mereka yang datang setiap sesi dari sesi 1 sampai sesi 8...terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong aktiviti dari biro siswi kajai...muahhh

Sesi 8 program Let's Zumba

Ada jugak tau siswa yang join...Daebak..

Wednesday, 22 November 2017

Penutupan SUKEM UKM 2017


Hai semua, so event yang tengah hangat sekarang ialah sukem iaitu kejohanan sukan ukm yang pastinya ditungu-tunggu setiap tahun....semua kolej-kolej di ukm akan berentap untuk meraih kejuaraan dalam bidang sukan....kolej rahim kajai tidak terkecuali untuk bertanding...banyak persiapan yang dilakukan demi memastikan atlet-atlet krk bersedia dari segi mental dan fizikal...
krk ada buat perkampungan atlet-atlet sukem, tubuhkan pasukan sorak (vamos), perjumpaan untuk suntik semangat dan banyak lagi... banyak acara yang dipertandingkan dan ada beberapanya yang dibuat di luar ukm contohnya sukan hoki di seremban, bowling di ioi dan banyak lagi....majlis penutupan pula dilakukan semalam di stadium ukm jam 8 malam.....alhamdulillah, ramai yang turun untuk memberikan sokongan terhadap majlis penutupan sukem 2017 walaupun hujan semalam....tu la semangat patriotik guysss....apapun tahniah kontijen krk menang acara perbarisan...secara keseluruhannya, krk dapat tempat ke-8 daripada 14 kolej.....tapi tahniah felo daus sebab berjaya dengan misi kolej iaitu 4 emas!!!....good job krk, tak pe kita tungggu tahun depan....hahhahah


Orang kuat vamos ni...

skuad krk!!

None but the best - kolej rahim kajai
  

Tuesday, 21 November 2017

Jualan untuk Dana Dinner

Hai semua, hari ni nadia sangat penat sebab nadia ada buat jualan tadi dekat fep.....haihhh....tu bukan mengeluh tau,tu sebab penat.....hahahahha.....nadia sebagai salah seorang ajk post protokol dah berikan kerjasama sehabis baik untuk menjayakan jualan ni....ada banyak makanan yang kami jual....antaranya cream puff gebu, nanchos, tau fu fah, air soya dan dadih....alhamdulillah,jualan untuk mendapatkan dana sempena dinner fep pada februari tahun depan dapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan pensyarah tau....hahahahaah....ni baru jualan kali pertama, jualan seterusnya akan menyusul...

Mai singah, mai singgah

Cream puffs ni sedap sampai masuk mimpi tau...hahaa

Antara ajk yang bertungkus lumus mendapatkan dana untuk dinner fep

MPP FEP pun support tau....

Sunday, 19 November 2017

Kes monyet di UKM....

Hai semua, hari ni nadia nak update pasal kejadian yang sedang hangat berlaku dan paling ditakuti oleh girls2 di ukm terutamanya di kolej rahim kajai...haaa,jangan main2 tau walaupun ukm bukan universiti yang memelihara haiwan tapi kat ukm ni ada banyak monyet.....bak kata orang zaman sekarang, monyet dan ukm beroisah tiada....haaaa tudia....sebenarnya bukan salah monyet ni sebab kita yang musnahkan habitat diorang sebab asalnya ukm ni kan hutan....jadi, monyet2 ni akan berkeliaran di sekitar kawasan ukm terutamanya di kawasan kolej-kolej untuk cari makanan...biasanya monyet2 ni suka selongkar tong sampah, yang akan menyebabkan pemandangan di ukm ni bsepah....hahahhah....tu tak apa lagi, tapi guyss ada kes-kes yang monyet2 ni masuk bilik tau.... ikut mana??? kadang2 tu dia bukak tingkap sendiri, kadang2 tu lupa tutup pintu balkoni ke....mmg bsepah la bilik...so, pengajaran untuk diri sendiri,nnti jangan la buka pintu bilik masa ptg2 dalam pukul 4-7 ptg gitu.....hahaha

contoh kes monyet masuk bilik felo....ni bilik sbelah nadia ni...bertabahla ye felo alya...haihhh

Cendol Zaaba UKM

Hai semua, hari ni nadia nak share sebab nadia excited....hahaahhaa nadia dapat makan CENDOL!!!! yeay.....dah lama sebenarnya tak makan cendol....pergi zaaba sebab hari tu ada kawan nadia, aizi dia upload dia makan cendol kat zaaba dalam status ws dia tiba2 terus terliur...sedapnya......akhirnya dapat jugak makan.....tq aizi...highly recommended...sedap sebab jagung dia banyak, dah la nadia suka jagung, murah pun murah je....

MMG TERBAIK!

Saturday, 18 November 2017

Jualan Biro Kerohanian KRK,2017

Hai semua, so hari ni nadia nak update tentang perkara yang sangat lah dinantikan oleh atlet dan penyokong semasa berlangsungnya sukem iaitu, jualan!!! hahhahhaa....sebenarnya nadia bukan la dari biro kerohanian tapidisebabkan roommate nadia ni orang kuat biro, nadia tolongla juga daripada tak buat apa2 kan...so sekarang adalah mingggu yang sangat pack dengan mid exam nya, denga nak sukem nya so banyak benda nak kena hadap...tapi takpe, mai singgah gerai jualan di padang nanti...nadia cuma di belakang tabir je sebab nadia sibuk juga dengan latihan untuk fester2k17 nanti...so kepada nabila,semoga sukses menjual nanti ye....jemput datang ke gerai jualan biro kerohanian di padang nanti ye.....ada air minuman,makanan dll....

Mai singgah beli nugget ayam..

Proses memasak di krk....

Guysss, ni la roommate nadia..... nabila namanya....

Thursday, 16 November 2017

Kuliah Siri 2 UPSM,UKM

Hai semua, hari ni nadia nak share tentang satu kelas yang nadia join iaitu kuliah UPSM... UPSM stand for Urusetia Pembangunan Sumber Manusia...kalau hari tu, nadia ada update pasal kem fasilitator upsm kat HPA tu kan..?? hari ni nak update pasal kuliah pulak...kuliah ni diadakan di Auditorium Siswa aras 2,Pusanika....kuliah ni sangat bagus, banyak input-input baru yang nadia dapat...prngisian kuliah ini ada 2 iaitu komunikasi dan dandanan diri....best sangat sebab nadia suka cara penyampaian dari Dr alwi....Diharapkan ada lagi kuliah2 macam ni pada masa akan datang...


Thursday, 9 November 2017

Berbuka puasa di Masjid UKM

Hai semua, hari ni nadia nak share pasal berbuka puasa kat masjid ukm....alhamdulillah, nadia berjaya puasa sunat hari ni....sebenarnya roommate nadia yang ajak puasa hari ni sebab nak cuba berbuka puasa kat masjid...minggu ni ada program kat sini jadi ada pihak yang buat majlis ni...so, sebab dah lama tak makan dalam talam tiba2 rindu pulak....tapi kitaorang pakai baju biasa je sebab habis je zumba kat kolej terus pergi buka puasa....malas nak tukar baju tapi wangi lagi la....hahahha....seronok dapat jadi sebahagian umat Allah untuk buka puasa kat sini, semuanya ramah...diharapkan ada lagi yang buat macam ni bukan time ramadhan je, hari isnin dan khamis pun ok....
makan dalam talam...wow.....rindunya...

Tuesday, 7 November 2017

Persiapan Dinner Fakulti

hai semua, so hari ni nadia nak share betapa komitmen terhadap sesuatu tugasan itu sangat penting.... hahahha alhamdulillah nadia sebagai 'keluarga' untuk dinner fep, memegang mandat sebagai ajk post protokol akan berusaha sedaya upaya demi menjayakan majlis dinner ini yang akan diadakan tahun depan... baru je lepas melawat dewan yang akan digunakan untuk dinner nanti iaitu di Bangi Golf Resort..dekat je dengan ukm... banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk memastikan kelancaran majlis dinner ini nanti... semoga berjaya februari 2018....amin...

Poster rasmi dinner fep 2017

Acah-acah VIP....hahaha

Laluan dan pandangan hadapan dewan

pintu masuk dewan

Ruang menunggu utk VIP...

Monday, 6 November 2017

Derma Darah kali ke2

Hai semua...... Hahahahaaha hari ni just nak share pengalaman kali ke-2 nadia derma darah.... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah... Kalau first time dulu nadia sampai nk pitam lepas derma darah sbb yelakan first time.... Hahaahha Tapi pengalaman mengajar kita..... Kali ni dekat tangan belah kanan pulak... Nasib baik hari jumaat so xde kelas sabtu ahad... Bolehlah rehatkan tangan Sekejap.... Apapun korang kalau ada kesempatan untuk derma darah nnti derma je.... Nak2 pulak bila masuk ukm ni ada je program derma darah.....baguslah kan...?? Byk kebaikan derma darah ni.... Ia satu proses dlm badan kita utk menghasilkan sel2 darah baru..   Apapun, siapa yg nk derma darah tu, good luck...  😁😁
Derma darah kat pusanika ukm

Semoga membantu diri nadia juga apabila diperlukan...amin


Kegunaan Powtoon

Hai semua, hari ni nadia nak share pasal satu aplikasi yang mungkin berguna kepada korang... Powtoon....powtoon ni macam video maker la.......