Tuesday, 31 October 2017

Kursus Bahasa Asing (citra ukm)

Hai semua, hari ni nadia nak share sikit pasal kursus citra yang nadia ambil sem ni iaitu kursus Bahasa Thai untuk Pelancong... haaaa, bahasa thai tu, bagi nadia belajar bahasa thai ni tak susah cuma perlukan komitmen nak belajar je... banyak kursus bahasa yang ukm sediakan contohnya bahasa korea, bahasa jepun, bahasa german, bahasa perancis, bahasa mandarin, bahasa arab dll... tapi nadia nak cuba perkara baru, nadia ambil la bahasa thai... hello... best ok berguna jugak nak pergi jalan-jalan kat thailand tu ha... dah la kampung kat tumpat, kelantan tu... lagi la best.. banyak ilmu dan perkara baru yang nadia belajar dari kursus ni... terima kasih ukm...hahahhha
So hari ni nadia nak share perkataan yang boleh korang praktikkan dalam kehidupan seharian.... mudah je, kita start dengan sapaan hormat dulu.... harap korang suka..

perkara asas:
lelaki - phom(saya) / khrap
perempuan - chan(saya) / kha

selamat sejahtera : sawatdi kha/khrap
terima kasih : khoap khun kha/khrap
sama-sama : mai pen rai kha/khrap
jumpa lagi : laew phop kan mai kha/khrap
maafkan saya : khoa thot kha/khrap
apa khabar : sabay di mai kha/khrap


Monday, 30 October 2017

Hot Meal Bar, UKM

Hai semua, hari ni nadia nak share pasal mee tarik yang menjadi perbualan hangat student ukm sekarang ni....kedai mee tarik kat pusanika ni memang ramai pelanggan yang datang...diaorang cakap mee tarik dia sedap....so, hari tu nadia ada pi sana dengan nabila pi makan mee tarik...rupa-rupanya banyak lagi makanan yang hot meal bar ni jual...ada ladu,nasi campur dll....yang paling best ialah ada air free flow gaisss!! minum la sampai kembung perut....nadia ada beli mee tarik dengan set ladu.... mee tarik dia boleh tahan la + ladu pon rasanya ok...so, kalau warga ukm nak makan sini, jangan lupa bawa kad matrik ye, nanti dapat harga murah sikit...

Tu dia mee tarik asli china...

Saturday, 28 October 2017

Karival Konvokesyen UKM Ke-45

Hai semua, hari ni nadia nak share pasal karnival konvo ukm kali ke-45 tahun 2017... macam biasa la bila ada karkon ni, macam-macam ada... ada foodtruck, ada persembahan, ada booth jualan, dan banyak lagi.. masa orang nak konvo ni la banyak jual bunga, coklat, tudung dll nak bagi hadiah kiranya... tapi, ada juga persembahan untuk pelawat luar... ada persembahan rock, dikir barat, tarian zapin ada juga sesi santai bersama artis, tahun ni ukm panggil siti nordiana, tajul dan geng-geng era...
apapun tahniah graduan ukm yang berjaya konvo tahun ni... good job guyss...

Sis support aktiviti karkon 2017.....

Thursday, 19 October 2017

Kem fasilitator 1 (UPSM)

Hai semua.... semua orang tengah cuti mid sem tapi nadia ada kem kepimpinan 3 hari.... kem ni khas untuk ahli UPSM tahun satu, dijalankan di Hutan Pendidikan Alam,UKM.... hahaha pertamanya, nak cakap kem ni sangat best sebab nadia dah lama tak pergi kem macam ni... sangat best sebab rasa ada kat kem yang sebenar dengan tak de handphonenya, tak de jamnya, lepastu rasa ukhwah sesama ahli pasukan sebab buat semua benda nak ada semangat kerjasama... nadia kumpulan nonalebah, bizzz... banyak aktiviti yang kitaorang buat untuk melatih diri menjadi seorang pemimpin yang baik... nadia belajar pendekatan teori dan fizikal... sangat best, kepada ahli-ahli nonalebah, rindulah..... ahahhahaah



Group Nonalebah

Group Nonalebah + Panca Delima

Masing-masing muka barai dah habis program..
Geng-geng dari kolej rahim kajai

Muka-muka sebelum kem start






























Friday, 6 October 2017

Debat UKM

Hai semua, hari ni nadia nak update pasal aktiviti yang nadia join kat UKM ni... so nadia baru habis pertandingan debat piala naib canselor UKM 2017... sangat seronok dan mestilah banyak ilmu pengetahuan yang nadia dapat... tapi tulah tak sampai suku akhir pun tapi tak pe, asalkan kita cuba.... nadia wakil kolej rahim kajai pasukan ke-2 sebab 1 kolej hantar 2 pasukan... dapat kenal pelajar dari kolej lain macam zaaba, kdo, ktho... apepun tahniah ktdi johan debat piala nc... pasukan nadia dapat tempat ke-8 secara keseluruhan...😉😉😉😉

Gambar sebelum pusingan pertama start...

Thursday, 5 October 2017

Pengalaman Hari Malaysia di UKM

PENGALAMAN HARI MALAYSIA DI UKM

So, untuk kali pertamanya nadia sambut Hari Malaysia di UKM. WOW. Seronoknya, dan yang paling seronok adalah bila nadia merupakan salah seorang peserta yang participate dalam pertandingan kebudayaan masa hari malaysia tu. pertandingan antara kolej dan nadia wakil untuk kolej rahim kajai. alhamdulillah, banyak yang nadia belajar sepanjang aktiviti ini contohnya belajar menari, tahan makian seniors, bekerjasama, dan yang paling penting komited dalam sesuatu tugasan walau sesibuk mana sekalipun. tarian ni diajar oleh tenaga yang berpengalaman  antaranya, felo ujang, felo firdaus, mama vee dan ramai lagi. nadia sebagai penari (pemegang payung)..... hahahahahaha backup dancers je... apapun, pengalaman yang sangat bermakna sebab dapat juga tempat ke-3 keseluruhan..

Persiapan sebelum pertandingan...
(memang bibir kene merah....abaikan..)

Geng-geng pegang payung (nampak tak payung tu)





Wednesday, 4 October 2017


 MEDICAL CHECK-UP

Hai semua.... So entry nadia sebelum ni berkaitan persediaan masuk universiti... kat situ nadia dah janji nak buat entry berkaitan medical check-up untuk kemasukan universiti... sebenarnya perkara ni penting untuk korang semua tahu supaya korang tak jadi macam nadia yang sampai 2 hari nak settlekan hal ni padahal sebenarnya boleh siap dalam beberapa jam je... so please take note ye.


  • SEDIAKAN DOKUMEN YANG BERKAITAN

Dokumen untuk medical check-up dah disediakan oleh pihak U so korang just print then isi maklumat dalam tu dan jangan lupa lekatkan gambar sekali.... pastikan semua lengkap ye....


  • PROSES MEDICAL CHECK-UP
Lepas dah beratur dan ambil no dari petugas kaunter tu korang tunggu kat kerusi.... mula-mula korang kne buat pemeriksaan tinggi,berat,tekanan darah dll... part ni sekejap je... lepas tu korang akan dipanggil untuk pemeriksaan xrays... so untuk para gadis, nadia nasihatkan untuk korang pakai tudung/shawl yang mudah nak pakai... xrays dari bahagian bahu ke perut je... part ni korang kne tarik nafas then tahan nafas utk nmpak bahagian ribs korang(sorry kalau salah, saya bukan student medic)... ikut arahan MA yg incharge... lepastu korang boleh pakai baju then tunggu untuk result xrays... lpas korang dah dapat result xray atau semasa nk tunggu result korang keluar, korang boleh buat urine test... kalau nk jimat masa la... letak borang check-up kat tray yang disediakan, then ambil cup pergi kencing... sebelum korang nak kencing, pastikan korang minum air masak banyak2 kalau tak korang jadi macam nadia sampai 3-4 kali buat urine test.... membazir je...lpas dah dpt result urine, ambil borang yang korang letak dalam tray tadi then pergi kat unit pergigian untuk check bahagian dalam mulut... sekejap je ni... lepas tu pergi dekat kaunter mula2 yang korang ambil no giliran tu then, bagi borang + result semua pemeriksaan yang korang dah buat... tu je...




Tuesday, 3 October 2017

It's happening !!!!


BUKAN LAGI MIMPI

Ya, bukan sekadar mimpi... Alhamdulillah akhirnya nadia diterima masuk ke salah satu universiti terkemuka iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). YEAY!!! Tak tahu nak gambarkan perasaan masa check result UPU hari tu. Impian diri sendiri, ibu ayah dan seluruh keluarga jadi kenyataan masa tu... Nadia ditempatkan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, kos Pengajian Perniagaan. So, apepun hari ni nadia nak cerita sikit antara persiapan yang perlu korang sediakan sebelum mendaftar sebagai mahasiswa atau mahasiswi UKM atau mana-mana IPT yang lain.


Step ni adalah cara nadia, kalau korang ade cara tersendiri it's ok...
  • PENGESAHAN KEMASUKAN
Hal ni senang je, just click kat bahagian pengesahan kemasukan sama ada terima tawaran atau tolak tawaran then settle..Jangan risau sebab keputusan boleh diubah sehingga sehari sebelum korang daftar di UKM, mana tahu kan kalau dah terima tawaran tapi lepas tu dapat offer pegi study overseas ke, tukar kepada tolak tawaran..
  • PRINT DAN ISI SEMUA DOKUMEN BERKAITAN
Bab ni sangat penting. Kalau korang dah diterima masuk ke IPT, nnti pihak universiti akan senaraikan semua jenis dokumen yang perlu diprint. Tapi kebiasaannya semua dokumen ni akan diupload sehari lepas keputusan UPU keluar, sebab diorang bagi korang happy2 dulu hari tu(hahaaha) lepas tu korang berperang la nak settlekan semua dokumen yang berkenaan. Dokumen yang korang perlu print ialah surat tawaran, buku panduan pelajar(yang ni tak print pun tak pe just baca je sebab kalau print tebal nak mampus), borang laporan kesihatan dll (lupa dah)... Then isi semua borang guna pen hitam atau pen biru dan pastikan CAPS LOCK.. Sebab ni borang rasmi so kne ikut rules dia... check mana borang yang perlukan pengesahan... Minta pengesahan dari ketua kampung atau Kumpulan Gred A yang diiktiraf... settlekan ni dulu baru fikir yang lain..
  • AMBIK GAMBAR PASSPORT
Ambik gambar passport ni pakai la lawa2, handsome2 sebab kad kampus korang akan sebiji dengan gambar passport korang nanti. Sediakan banyak2 sebab gambar passport korang sangat diperlukan untuk pelbagai urusan contohnya borang pendaftaran,biasiswa,pinjaman,laporan kesihatan,borang kolej,fakulti,persatuan yang korang join nanti dll.
  • PERGI MEDICAL CHECK-UP
Part ni nadia dah buat entry baru sebab banyak proses dia. Pastikan korang pergi medical check-up dengan persediaan yang rapi...

  • SEARCH BIASISWA ATAU PINJAMAN
Part ni penting. SERIOUS. Pengalaman nadia, pihak biasiswa dan pinjaman akan tutup permohonan awal tau sedar2 dah due date. So rajin2 la bukak website diorang ye. Tapi jangan risau, bile korang dah masuk UKM pon korang boleh mohon biasiswa atau pinjaman lagi cuma nnti nk dapat lambat la sebab korang apply lambat...
  • BELI BARANG KEPERLUAN
Ni biasa la, beli barang macam nak masuk asrama. Beli barang keperluan,barang mandi,stok makanan,iron (sebab iron tak disediakan), papan iron, rak kasut kecil (sebab kasut kne letak dalam bilik),bakul sampah kecil,dll...Jangan lupa bawak bantal,sarung bantal dan cadar katil sendiri. Kalau korang nak beli stok maggi,bubur instant,air instant contoh milo 3 in 1 tu, kne survey dulu keadaan kolej. sebab ade kolej yang tak de water cooler tu... Kalau tak de kne bawak heater. So kne beli heater bagi yang memerlukan. Kalau sape2 dapat bilik yang ade balkoni, beli tali ampaian boleh buat ampaian kat luar bilik tak perlu naik turun angkat baju. Tak perlu beli kipas ke, almari tambahan ke, meja belajar ke sebab semua dah tersedia..

Rasanya tu je kot setakat ni... sehingga berjumpa lagi


Kegunaan Powtoon

Hai semua, hari ni nadia nak share pasal satu aplikasi yang mungkin berguna kepada korang... Powtoon....powtoon ni macam video maker la.......