BUKAN LAGI MIMPI
Ya, bukan sekadar mimpi... Alhamdulillah akhirnya nadia diterima masuk ke salah satu universiti terkemuka iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). YEAY!!! Tak tahu nak gambarkan perasaan masa check result UPU hari tu. Impian diri sendiri, ibu ayah dan seluruh keluarga jadi kenyataan masa tu... Nadia ditempatkan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, kos Pengajian Perniagaan. So, apepun hari ni nadia nak cerita sikit antara persiapan yang perlu korang sediakan sebelum mendaftar sebagai mahasiswa atau mahasiswi UKM atau mana-mana IPT yang lain.
Step ni adalah cara nadia, kalau korang ade cara tersendiri it's ok...
- PENGESAHAN KEMASUKAN
Hal ni senang je, just click kat bahagian pengesahan kemasukan sama ada terima tawaran atau tolak tawaran then settle..Jangan risau sebab keputusan boleh diubah sehingga sehari sebelum korang daftar di UKM, mana tahu kan kalau dah terima tawaran tapi lepas tu dapat offer pegi study overseas ke, tukar kepada tolak tawaran..
- PRINT DAN ISI SEMUA DOKUMEN BERKAITAN
Bab ni sangat penting. Kalau korang dah diterima masuk ke IPT, nnti pihak universiti akan senaraikan semua jenis dokumen yang perlu diprint. Tapi kebiasaannya semua dokumen ni akan diupload sehari lepas keputusan UPU keluar, sebab diorang bagi korang happy2 dulu hari tu(hahaaha) lepas tu korang berperang la nak settlekan semua dokumen yang berkenaan. Dokumen yang korang perlu print ialah surat tawaran, buku panduan pelajar(yang ni tak print pun tak pe just baca je sebab kalau print tebal nak mampus), borang laporan kesihatan dll (lupa dah)... Then isi semua borang guna pen hitam atau pen biru dan pastikan CAPS LOCK.. Sebab ni borang rasmi so kne ikut rules dia... check mana borang yang perlukan pengesahan... Minta pengesahan dari ketua kampung atau Kumpulan Gred A yang diiktiraf... settlekan ni dulu baru fikir yang lain..
- AMBIK GAMBAR PASSPORT
Ambik gambar passport ni pakai la lawa2, handsome2 sebab kad kampus korang akan sebiji dengan gambar passport korang nanti. Sediakan banyak2 sebab gambar passport korang sangat diperlukan untuk pelbagai urusan contohnya borang pendaftaran,biasiswa,pinjaman,laporan kesihatan,borang kolej,fakulti,persatuan yang korang join nanti dll.
- PERGI MEDICAL CHECK-UP
Part ni nadia dah buat entry baru sebab banyak proses dia. Pastikan korang pergi medical check-up dengan persediaan yang rapi...
- SEARCH BIASISWA ATAU PINJAMAN
Part ni penting. SERIOUS. Pengalaman nadia, pihak biasiswa dan pinjaman akan tutup permohonan awal tau sedar2 dah due date. So rajin2 la bukak website diorang ye. Tapi jangan risau, bile korang dah masuk UKM pon korang boleh mohon biasiswa atau pinjaman lagi cuma nnti nk dapat lambat la sebab korang apply lambat...
- BELI BARANG KEPERLUAN
Ni biasa la, beli barang macam nak masuk asrama. Beli barang keperluan,barang mandi,stok makanan,iron (sebab iron tak disediakan), papan iron, rak kasut kecil (sebab kasut kne letak dalam bilik),bakul sampah kecil,dll...Jangan lupa bawak bantal,sarung bantal dan cadar katil sendiri. Kalau korang nak beli stok maggi,bubur instant,air instant contoh milo 3 in 1 tu, kne survey dulu keadaan kolej. sebab ade kolej yang tak de water cooler tu... Kalau tak de kne bawak heater. So kne beli heater bagi yang memerlukan. Kalau sape2 dapat bilik yang ade balkoni, beli tali ampaian boleh buat ampaian kat luar bilik tak perlu naik turun angkat baju. Tak perlu beli kipas ke, almari tambahan ke, meja belajar ke sebab semua dah tersedia..
Rasanya tu je kot setakat ni... sehingga berjumpa lagi
No comments:
Post a Comment